Penduduk Cyberjaya ‘Gila’ Nasi Arab Restoran Taiba!

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 12 Dec 2016 11:01:09

MEMANG tak dinafikan, kalau bercerita sahaja tentang Cyberjaya, ianya cukup popular dengan penduduknya yang majoritinya terdiri dari bangsa asing berketurunan Arab.

Jadi tak mustahil kalau banyak restoran makanan arab yang tumbuh bak cendawan di kawasan ini.

Makanan Arab khususnya paling popular nasi Arab, walaupun harganya sedikit mahal namun ia tetap dicari penggemarnya dek kerana keenakan rasanya.

Antara yang semakin mendapat perhatian khususnya di kalangan penduduk di sini ialah Restroran Taiba, yang terletak di Lot 71, Cottage Walk Off, Jalan Persiaran, APEC, Cyberjaya.

Menurut Pengurus Kanan Restoran Taiba, Esam Hasan berkata, restoran tersebut baharu sahaja dua tahun beroperasi telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai.

Restauran Taiba menyediakan makanan Yemeni Arabian Cuisine, iaitu makanan tradisional daripada Yemen.

pagedsc02375

Chefnya pula diterbangkan khas dari Dubai dan Syria selain bahan-bahan mentah termasuk berasnya juga di datangkan terus dari Yemen.

Jadi tidak hairanlah mutu makanannya amat berkualiti tinggi dan rasanya juga emm… memang sedap lah! -MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts