Penduduk Terjejas Banjir Diperak Cecah Lebih 100

by Oh! Semput


10
SHARES
133
VIEWS
Posted on 05 Dec 2016 04:01:17

IPOH – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Perak terus meningkat kepada 109 orang setakat 7 pagi ini, berbanding 88 orang malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak 71 orang adalah dari Kampung Padang Serai, Manjung dan mereka ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.

Sementara itu, 38 lagi dari Kampung Pengkalan Ara dekat Sungai Manik daerah Hilir Perak ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara.

Banjir di kedua-dua kampung itu adalah akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan air bertakung dan ketika ini cuaca mendung.- BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts