Hab pengangkutan bersepadu Bukit Panjang dibuka 4 September

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 08 Aug 2017 12:00:27

SINGAPURA: Hab Pengangkutan Awam Bersepadu Bukit Panjang akan dibuka pada 4 September selepas ditangguhkan selama dua tahun.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (8 Ogos).

Dengan pembukaan hab itu, ia merupakan hab pengangkutan awam bersepadu yang kesembilan di Singapura, menyusuli kemudahan serupa di Ang Mo Kio, Bedok, Boon Lay, Clementi, Joo Koon, Sengkang, Serangoon dan Toa Payoh.

Pembangunan tersebut menghubungkan pusat pertukaran bas berhawa dingin dan stesen-stesen MRT serta kemudahan komersil yang berdekatan seperti pusat beli belah.

Hab pengangkutan Bukit Panjang menghubungkan pusat pertukaran bas yang baru dengan stesen MRT dan LRT, juga pusat beli belah Hillion Mall.

CIRI-CIRI INKLUSIF, SISTEM PENGURUSAN TRAFIK TERMASUK DALAM REKAAN

Hab bersepadu Bukit Panjang akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bebas hadangan sebagai sebahagian usaha LTA untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih inklusif.

Bagi penumpang yang berkerusi roda, disediakan tempat naik bas khusus di setiap platform bas dan akses jalan dengan ruang kerusi roda. Juga disediakan barisan keutamaan dengan tempat duduk dan tandas-tandas bebas hadangan bagi penumpang lanjut usia dan sukar bergerak.

Hab pengangkutan itu juga menyediakan bilik menyusu dengan kemudahan untuk menukar lampin agar lebih selesa bagi ibu bapa dan penjaga yang membawa bayi atau anak kecil.

Tambahan lagi, SMRT Buses, yang akan menguruskan hab tersebut, akan memperkenalkan sistem pengurusan trafik bagi mengesan bas yang bergerak dari tempat meletak bas ke jalan raya.

"Ini akan meningkatkan lagi pengawasan pemandu-pemandu bas mengenai pergerakan bas di dalam kawasan meletak bas dan sekali gus meningkatkan keselamatan penumpang di hab pengangkutan ini," kata LTA.

Sebanyak 120 rak basikal juga disediakan bagi memudahkan inisiatif First-And-Last-Mile-Connectivity (FLMC).

PERUBAHAN KEPADA LALUAN BAS

Apabila hab pengangkutan awam Bukit Panjang dibuka, laluan dan tempat perhentian bagi beberapa khidmat bas - 176, 920, 922, 970, 972, 973, 975 dan 979 - akan diubah.

Ini memandangkan operasinya dipindahkan dari kemudahan sementara sekarang ke Hab Pengangkutan Awam Bukit Panjang, menurut LTA.

Khidmat bas 75, 184 dan 700 pula akan terus beroperasi dari tempat meletak bas sementara di Bukit Panjang.

LTA juga menyatakan bahawa perhentian bas bagi khidmat bas - 75, 171, 177, 180, 184, 960, 963, 963E, 963R, 971E dan 983 - yang melalui Jelebu Road juga akan dilencongkan untuk melicinkan lagi pengaliran trafik.

Perubahan tersebut termasuk tempat perhentian bas yang berbeza, atau tempeat perhentian ditambah atau ditiadakan di sekitar Pusat Bandar Bukit Panjang.

Maklumat lanjut mengenai perubahan kepada khidmat bas akan disediakan di semua tempat perhentian bas yang terjejas, pusat pertukaran bas dan di dalam bas. Ia juga boleh didapati di laman web LTA, SMRT dan Tower Transit Singapore.  

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts