Penganjur Konsert Amal Sayang Sabah 2016 mohon maaf

by Oh! Semput


8
SHARES
100
VIEWS
Posted on 04 Dec 2016 10:00:20

PENGANJUR Konsert Amal Sayang Sabah 2016 yang telah diadakan pada 26 November 2016 lalu di Sandakan, membuat permohonan maaf secara terbuka kerana konsert tersebut tidak mendapat sambutan.

Menurut kenyataan rasmi oleh H&M Golden Legacy Sdn Bhd, rentetan daripada perkara tersebut, mereka selaku penganjur telah menghadapi masalah dari segi kutipan hasil jualan tiket yang sangat tidak memberansangkan walaupun pihak mereka telah banyak mengeluarkan perbelanjaan sebelum konsert lagi.

Oleh kerana itu pihak penganjur telah gagal menjelaskan bayaran tertunggak kepada pihak pengurusan yang terlibat seperti para artis, pementasan, para penggerai, ahli jawatankuasa yang terlibat, ejen-ejen tiket serta pihak berkaitan.

H&M sangat berkomitmen untuk menjelaskan semula untuk membuat pembayaran yang dituntut oleh pihak terlibat, justeru mereka berjanji akan membuat bayaran balik kepada pihak terlibat setelah menyelesaikan masalah yang mereka hadapi kini.

“Kami akan membuat pembayaran kepada pihak terlibat selewat-lewatnya pada penghujung bulan Mac 2017. Kami menjangkakan pembayaran ini akan selesai pada tempoh tersebut dan sekiranya dapat diawalkan kami akan awalkan, pun begitu kami tidak menjanjikan tarikh terdekat kerana khuatir gagal berbuat demikian,

“Oleh itu, kami memohon kemaafan kepada semua pihak di atas kelemahan pengurusan bayaran konsert ini, kami sangat tidak menjangkakan bahawa sambutannya begitu sedikit pada hari tersebut sehingga membawa kepada masalah ini,” kata wakil daripada syarikat H&M. NEW SABAH TIMES


Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas LIKE Kami Sekarang

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts