Kad Pengenalan Palsu: Warga Indonesia Dipenjara, Denda

by Oh! Semput


7
SHARES
90
VIEWS
Posted on 25 Nov 2016 16:00:30

SANDAKAN: Akibat menggunakan dokumen pengenalan sementara palsu dan kad pengenalan palsu, tujuh orang warga Indonesia dihukum penjara 24 bulan dari tarikh ditangkap dan denda RM4,000 atau penjara 6 bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis.

Majistret Suhailla Selag menjatuhkan hukuman itu kepada Faridah Malik, 48, Salmah Ambotang, 41, Mirnawati Ahmad, 25, Senanghati Benga, 37, Suriadi Baba, 23, Mohamad Siri Kanna, 57 dan Baba Sappe, 42.

Hukuman dijatuhkan setelah kesemua tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan di sebuah rumah bernombor di sekitar kawasan penempatan dalam daerah ini pada 11 November lalu.

Kesemua mereka dihukum di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, kesemua mereka berjaya ditangkap oleh pasukan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan dan Polis dari Balai Polis Sandakan dalam Ops ID Khas JPN di kawasan dan tarikh berkenaan.

Semasa pemeriksaan dan semakan kad pengenalan dengan Bahagian Rekod Kad Pengenalan di JPN didapati cap-cap jari dan gambar pada rekod kad pengenalan yang dimiliki tertuduh tidak merujuk kepada mereka (tertuduh) dan ketika ditahan mereka tidak memiliki sebarang pengenalan diri yang sah.

Hasil siasatan mendapati, Faridah iaitu isteri kepada Mohamad Siri bertindak sebagai agen dan memainkan peranan utama dalam kumpulan kecil tersebut bagi urusan dokumen pengenalan sementara dan kad pengenalan palsu itu.

Mahkamah juga memerintahkan agar tertuduh merujuk ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari JPN, Mohd Fazdhly B.Abdul Razak.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts