Penggerak Media Sosial Perlu Lebih Beretika

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 00:01:03

media

MEDIUM media sosial kini sudah menjadi antara penggerak utama mencorak pemikiran pembaca.

Ia adalah alternatif kepada konsep konvensional berita bercetak dan televisyen.

Ada mereka digelar kumpulan portal dan website, netizens, keyboard warrior, facebookers, bloggers, pemain twitter, youtubers dan lain-lain segmen yang akhirnya dijuruskan kepada konsep keseluruhan media sosial.

Dalam politik malaysia, media sosial mula diperkenal dan menjadi rujukan khalayak pembaca sekitar hujung 1990 an.

Kewujudan laman-laman web pro dan anti kerajaan menjadi tarikan utama pembaca untuk mendapatkan sisi lain hebahan berita.

70107468-1f2a-4533-b5ba-0951e6a07c1a_450_372

Harus diakui, kewujudan laman web anti kerajaan lebih memonopoli arus pada waktu itu.

Dari platform itu lahirlah ramai penulis prolifik yang membawa pelbagai gaya dan cara untuk menarik pembaca membaca penulisan mereka.

Antara yang paling awal menjadikan laman web sebagai medium alternatif (segmen politik) untuk bacaan umum adalah penulis terkenal mendiang MGG Pillai.

Beliau merupakan pioneer atau (pelopor/perintis) kepada penulis kewartawanan internet.

Pengalaman beliau yang cukup luas dalam sisi sejarah politik negara membolehkan beliau mengupas isu dengan cukup kemas hingga adakalanya boleh mencemaskan politician yang dimaksudkan.

Konsep penulisan bergaya seperti investigatif report, rangkuman sejarah, kupasan isu, data analisis lengkap berdasarkan fact and figure antara penyumbang terbesar melahirkan masyarakat untuk berani menilai dan mengupas sesuatu isu.

Selain MGG Pillai, nama-nama besar seperti Kim Quek, Sayuti Omar, Subky Latif, Ahmad Lutfi Othman yang beraliran bukan pro kerajaan juga telah memainkan peranan dalam mengembangluaskan lagi peranan media sosial untuk tatapan bacaan umum.

Saat itu, kumpulan penggerak media sosial pro kerajaan tidak kelihatan kerana masih bergantung harap terhadap sistem media konvensional.

Gaya penulisan mereka (penulis di atas) adalah sopan namun fokusnya jelas.

Mereka tidak perlu untuk mencebik, mengejek,menghina demi untuk menguatkan hujah dalam penyampaian.

Adakala kias mereka tajamnya lebih halus dari mata pisau.

Hari ini kewujudan pelbagai paltform media sosial seperti portal, website facebook, twitter, blog dan dibantu rangkaian sebarannya melalui aplikasi whatsapp dan telegram telah melahirkan ramai penulis segera.

media-sosial

Sayangnya ada segelintir di antara mereka menggunakan kata kesat dan ejekan sebagai elemen membantu menguatkan penyampaian.

Jika ditinjau beberapa kumpulan media sosial baik pro pembangkang mahupun kerajaan, masih ada kedapatan segelintir dari mereka menjadikan pengistilahan ejek, cemuh dan hinaan sebagai jalan pintas mahu menarik hits dari pembaca sedangkan kualiti isi yang hendak disampaikan tidaklah ke mana.

Sayang tanpa mereka sedar, adakala tindakan itu sebenarnya tidak mampu untuk merubah pandangan pembaca terhadap isu yang hendak disampaikan.

Tutur kata melambangkan peribadi. Bahasa menunjukkan bangsa. Berkata dan menulis sekeras mana tidak semestinya mengesahkan kita ini betul.

Seharusnya penggiat media sosial dalam apa kategori pun ( politik, hiburan,am dll ) mengambil pendirian baru dalam menyatakan pandangan dalam bentuk yang lebih sederhana.

Berhujahlah menggunakan fakta bukan emosi. Hujah yang kemas mampu menarik pembaca.

Kepada penggiat media sosial kategori politiknya khasnya, anda mungkin boleh mencontohi penulis-penulis lama di atas dalam tulisannya menyampaikan bahan berita.

Azhar Lineker adalah salah seorang pembaca setia Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah merupakan pandangan peribadi beliau.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts