by Oh! Semput
Penguasaan sasaran sistem operasi Linux di Malaysia menunjukkan peningkatan yang menarik dalam tempoh 3 bulan ini iaitu dari bulan Mei sehingga Julai 2026.
Berdasarkan data daripada StatCounter, pengguna Linux di Malaysia dari 1.47% bahagian pasaran pada Mei 2026, meningkat sedikit kepada 1.81% (Jun 2026) dan kepada 2.02% (Julai 2026).
Windows pula walaupun penggunanya menurun di bawah paras 50% sejak Julai 2025, tapi ia kembali melonjak secara mendadak melepasi paras 50% dengan mencapai 51.2% penguasaan pasaran pada Julai 2026.

Sementara itu, macOS pula terus berkembang perlahan, tapi meningkat agak tinggi antara bulan April hingga Jun 2026.
Keadaan ini bukan sahaja mencerminkan peningkatan minat terhadap ekosistem Apple, tapi juga mungkin turut dipengaruhi oleh pengenalan model komputer riba terbaru Apple Macbook Neo yang ditawar pada harga yang sangat kompetetif iaitu bermula dari RM2,499 sahaja.
Namun, selepas Apple mengumumkan kenaikan harganya kepada RM2,999 lewat Jun, trend menaik ini kembali menurun dalam bulan Julai lalu sehingga jatuh ke paras 3%.
Laporan Omdia sebelum ini menunjukkan pasaran komputer peribadi (PC) global terus berdepan tekanan apabila penghantaran kategori komputer meja (desktop), komputer riba (notebook) dan workstation menurun sebanyak 3.6% tahun ke tahun kepada 65.7 juta unit pada suku kedua 2026.
Kenaikan harga komponen seperti memori dan storan sejak awal tahun telah mendorong kepada peningkatan kos PC.
Ekoran itu, Counterpoint dilapor menjangkakan volum penghantaran PC akan menurun sepanjang 2026 kerana pengguna dan syarikat menangguhkan pembelian akibat harga PC baharu yang terlalu tinggi.
{suggest}
Pengguna Linux Di Malaysia Meningkat Dalam Tempoh 3 Bulan Ini WISER.MY.