LONDON – Seorang pengulas stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) mendapat malu apabila secara tidak sengaja ‘teramas’ payudara seorang wanita ketika bersiaran langsung pada Selasa lalu.
Aksi bersahaja Ben Brown yang memegang tepat sebelah buah dada montok wanita tersebut disaksikan penonton ‘live‘ ketika dia sebenarnya cuba menepis pejalan kaki berkenaan yang seperti mahu mengganggu siaran ke udara.
Semasa insiden itu, Brown dalam sesi wawancara dengan penolong editor hal ehwal politik BBC, Norman Smith langsung di kawasan terbuka di bandar Bradford mengulas isu pilihan raya umum kebangsaan tidak lama lagi.
Secara tiba-tiba, wanita tidak dikenali itu muncul ketika perbualan seolah-olah cuba ‘mengacau’ siaran langsung tersebut menyebabkan Brown spontan menolak pejalan kaki berkenaan tetapi terkena pula bahagian payudaranya.
Terkejut dengan tindakan dramatik Brown itu yang halang penampilan dirinya, wanita berkaca mata warna hitam tersebut ‘melempang’ pula bahu kanan pengulas BBC berkenaan sebelum dia berlalu pergi dari kawasan terbabit.
Brown dalam reaksi menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan bahawa beliau cuba meminimumkan gangguan yang tidak diduga berlaku ketika siaran langsung itu dan tidak sengaja meramas buah dada wanita tersebut pula.
Status kicauan Brown itu menerima reaksi positif netizen malah ramai pengguna media sosial di Britain turut menyifatkan insiden berkenaan adalah tidak disengajakan dan lebih kepada reaksi spontan apabila diganggu.
Dalam pada itu, pihak pengurusan stesen penyiaran awam tersebut dilaporkan tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Brown dan menganggap ia jelas satu kes kemalangan terpencil. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa kelewatan urusan pengebumian seorang jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang berpunca daripada pihak masjid seperti yang tular di media sosial.Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shah
PETALING JAYA: Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian pengguna media sosial berikutan keunikan kombinasi nombor kad pengenalan (MyKid) yang bakal diterima mereka.Menerusi se
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua calon PH yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya turun mendekati rakyat dengan penuh keikhlasan serta mengutamakan amanah yang diberikan pengundi.Menerusi han
Seorang guru lelaki berusia 38 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian yang dipercayai berlaku di daerah Temerloh, Pahang.Ketua Polis Daerah Teme
Kerajaan MADANI mengumumkan tiga penambahbaikan terhadap pelaksanaan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bagi memudahkan peralihan menjelang pelaksanaan akses awal program itu yang bermula esok di Semenanjung Malaysia.Kementerian Kew
Seramai 125 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada golongan kurang berkemampuan menerima Bantuan Lestari Siswa Madani melibatkan peruntukan keseluruhan RM62,500 bagi meringankan beban kewangan sepanjang tempoh pengajian.Majlis penyampaian b
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa portal rasmi KKM kini sedang mengalami gangguan akses yang dipercayai berpunca daripada insiden keselamatan siber.Menurut KKM,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa pihak masjid menuntut bayaran RM1,400 daripada waris bagi urusan pengebumian jenazah seorang lelaki di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang.Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata,
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dalam kemalangan tragis selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta sebelum diseret sejauh kira-kira 50 meter di Jalan Kota BharuKuala Terengganu berhampiran Kampung Bukit Kenak, B
Cubaan dua lelaki yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis berakhir dengan kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh tiga buah kenderaan di Jalan Kuching, petang semalam.Ketua Polis Ku