by Oh! Semput
Tun Dr Mahathir tidak mengikut langkah pemimpin pembangkang memegang sepanduk “Anwar PM Ke 7” semasa Kongres PKR di Shah Alam, 21 Mei 2017. — Foto oleh Yusof Mat Isa SHAH ALAM, 21 Mei -— Jika dahulu Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara 15 tahun, kini bekas perdana menteri itu menandatangani petisyen menggesa bekas timbalannya dibebaskan.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat menurunkan tandatangannya atas sehelai kertas sebelum meninggalkan Kongres PKR di sini hari ini.
“Bukan saya yang masukkan dia dalam penjara, itu cerita lama. Najib yang masukkan dia (dalam penjara,” katanya ketika beredar.Namun beliau kelihatan ‘berat’ untuk menyokong pilihan pembangkang yang mahu menjadikan ketua umum PKR itu sebagai perdana menteri.
Ketika pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mengangkat sepanduk “Anwar PM Ke-7” semasa pembukaan kongres, Dr Mahathir sebaliknya memegang telefon bimbitnya dan mengambil gambar suasana dalam dewan.
Baca seterusnya di Malay Mail Online