Dulu penjarakan, kini Mahathir tandatangan petisyen bebaskan Anwar

by Oh! Semput


14
SHARES
184
VIEWS
Posted on 21 May 2017 09:00:34

Tun Dr Mahathir tidak mengikut langkah pemimpin pembangkang memegang sepanduk “Anwar PM Ke 7” semasa Kongres PKR di Shah Alam, 21 Mei 2017. — Foto oleh Yusof Mat Isa Tun Dr Mahathir tidak mengikut langkah pemimpin pembangkang memegang sepanduk “Anwar PM Ke 7” semasa Kongres PKR di Shah Alam, 21 Mei 2017. — Foto oleh Yusof Mat Isa SHAH ALAM, 21 Mei -— Jika dahulu Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara 15 tahun, kini bekas perdana menteri itu menandatangani petisyen menggesa bekas timbalannya dibebaskan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat menurunkan tandatangannya atas sehelai kertas sebelum meninggalkan Kongres PKR di sini hari ini.

“Bukan saya yang masukkan dia dalam penjara, itu cerita lama. Najib yang masukkan dia (dalam penjara,” katanya ketika beredar.Namun beliau kelihatan ‘berat’ untuk menyokong pilihan pembangkang yang mahu menjadikan ketua umum PKR itu sebagai perdana menteri.

Ketika pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mengangkat sepanduk “Anwar PM Ke-7” semasa pembukaan kongres, Dr Mahathir sebaliknya memegang telefon bimbitnya dan mengambil gambar suasana dalam dewan.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts