Penjawat Awam Yang Masih Menggunakan Waze Boleh Dikenakan Tindakan Disiplin

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 22 Oct 2026 07:00:33

Semalam, Agensi Keselamatan Siber Negara melalui Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan pekeliling kepada semua penjawat awam di Malaysia untuk menghentikan penggunaan aplikasi pemetaan dan GPS Waze.

Kemaskini kepada terma penggunaan aplikasi tersebut pada bulan Ogos lalu mengatakan bahawa aplikasi tersebut tertakluk di bawah undang-undang Israel. Ini menyebabkan pihak NACSA dan Majlis Keselamatan Negara membuat keputusan untuk menghalang penggunaan aplikasi tersebut khususnya untuk para penjawat awam kerajaan Malaysia.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar semalam mengeluarkan kenyataan juga mengatakan bahawa larangan menggunakan aplikasi tersebut adalah terhad kepada penggunaannya oleh penjawat awam untuk melakukan tugas-tugas rasmi, tetapi juga menasihati orang ramai untuk tidak menggunakan aplikasi tersebut.

Pagi ini, sewaktu sidang media Majlis Keselamatan Negara, Ketua Pengarah YM Raja Dato’ Nushirwan Zainal Abidin, seperti dilaporkan oleh Bernama mengatakan bahawa penjawat awam yang dilihat masih menggunakan aplikasi Waze sewaktu bertugas boleh dikenakan tindakan tatatertib disipin.

Beliau mengatakan bahawa penjawat awam akan perlu menggunakan aplikasi pemetaan dan GPS yang lain untuk tugasan mereka. Jika anda tidak lagi mahu menggunakan aplikasi Waze, kami telah menyenaraikan 10 aplikasi pemetaan dan GPS lain yang boleh digunakan tanpa kerisauan data anda dijejak oleh Israel.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts