by Oh! Semput

KOTA KINABALU : Dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Ladang Tingkayu, dekat Kunak awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan kejadian itu dan mengucapkan syabas kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak susulan kejayaan menumpaskan penjenayah bersenjata berkenaan.
“Syabas IPD Kunak, Sabah berjaya tumpaskan dua penjenayah bersenjata api di Ladang Ulu Tingkayu Kunak, pagi tadi,” katanya menerusi catatan di laman Twitternya.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdu Rashid Harun akan mengadakan sidang media berhubung kes itu di IPD Kunak, pukul 3 petang ini. — BERNAMA