by Oh! Semput

Oleh Haryani Ngah
SUNGAI BULOH: Penolong Pengarang Berita, BH Online, Saufi Hamzah dan isterinya, Rohana Shaib, menjadi pasangan pengantin pertama menaiki tren Transit Aliran Massa (MRT) yang mula beroperasi hari ini.
Secara kebetulan, katanya, majlis akad nikah beliau dan isteri berlangsung pada hari pertama MRT beroperasi.
“Hasil perbincangan dengan rakan sekerja ketika membuat sisipan pelancaran MRT, mereka mencadangkan saya mengabadikan detik bersejarah dengan menaiki MRT,” katanya yang turut menerima cenderahati kad Touch n Go daripada MRT Corp.
Saufi berterima kasih kepada Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah, yang bersetuju dengan cadangan itu dan memberi kebenaran meraikan majlis perkahwinan menggunakan perkhidmatan MRT.
Category: Semasa