‘Penumpang Saya Pun Tak Bising’

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Dec 2016 18:00:24



KOTA KINBALU: Seorang pengguna media sosial facebook yang mendakwa dirinya adalah pemandu bas yang menjadi viral pada ahad gara-gara memotong ‘tidak lepas’ di garisan berkembar nyaris bertembung kenderaan lain tampil menjawab isu video tersebut yang masih hangat menjadi perbualan sabahan.

Berita Sabah

Pengguna yang mendakwa dirinya sebagai pemandu bas tersebut tampil jawab komen orang ramai

Pengguna facebook yang menggunakan nama sebagai Muhammar Ghadafi Abd Gafar mengaku dia adalah pemandu bas yang membawa penumpang dari Kota Kinabalu ke Semporna.

Menurutnya, orang di luar sana pula yang berlebih-lebihan memberikan komen hanya selepas menonton video sedangkan tidak berada dalam bas merasai situasi sebenar ketika itu.

Jangan samakan suasana pemandangan dalam bas dengan kereta. Jika mahu memberikan komen lihatlah dengan mata sendiri (mungkin mahu kamu jadi penumpang bas) bukan menilai hanya berdasarkan klip video atau gambar.

Tambahnya lagi, kesemua 44 orang penumpang yang berada dalam bas itu juga tidak bising.

Terdahulu satu klip video berdurasi 12 saat yang menunjukkan pemandu sebuah bas ekspres memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain di kawasan selekoh atas garisan berkembar ‘tidak lepas’ dan hampir bertembung kenderaan lain tersebar secara meluas di media sosial.

Bagaimanapun kenderaan  itu berjaya mengelak daripada berlaku sebarang kemalangan selepas tindakan pantasnya membelok ke bahu kiri jalan.

Rakaman video yang diambil dari dalam kereta yang nyaris bertembung dengan bas ekspres tersebut didakwa berlaku di Jalan Ranau-Telupid pada ahad pagi.

Sementara itu tinjauan Suara Masyarakat Sabah di media sosial mendapati jawapan yang diberikan oleh pengguna Facebook yang mendakwa dirinya sebagai pemandu bas tersebut hanya menambah kemarahan di kalangan netizen.

Antara respon netizen yang dipetik di media sosial:

Sudah Terang Lagi Bersuluh : Memotong di Garisan berkembar seperti dalam gambar tetap satu kesalahan.

Memotong di garisan kembar

Apapun jawapan yang diberikan oleh pemandu netizen tetap mahu pemandu berkenaan disiasat oleh pihak berkenaan.

Artikel Terdahulu: Kemarahan Luar Biasa Orang Sabah


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...