500 Penumpang Terkandas di Terminal Feri Tawau

by Oh! Semput


15
SHARES
201
VIEWS
Posted on 07 Dec 2016 12:00:18

Tawau: Lebih 500 penumpang terkandas di Terminal Feri Tawau selepas beberapa feri tidak beroperasi di terminal baru itu sejak semalam.

Dipercayai semua penumpang terkandas disebabkan kapal yang membawa penumpang dari Nunukan dan Tarakan, Indonesia melakukan mogok untuk tidak masuk ke pelabuhan terminal baru ini.

Menurut seorang penumpang Ratna Abu Bakar, 50, dia tiba di terminal itu sejak jam 6 pagi tadi namun sehingga kini masih belum dapat menaiki sebarang feri untuk ke Nunukan.

“Saya hanya tahu feri tiada selepas tiba pagi tadi dan difahamkan sejak semalam tiada feri yang akan ke Nunukan.

BACA JUGA : Terminal Feri Tawau Perlu Patuhi SOP

“Sehingga kini, saya masih menunggu kalau ada feri yang datang supaya saya boleh pulang ke kampung halaman di Nunukan,” katanya ketika ditemui di Terminal Feri Tawau, tadi.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro sehingga jam 2 petang tadi keadaan di terminal feri semakin lengang selepas sebahagian penumpang mulai beransur pulang.

Dikemaskini: Punca penumpang terkandas di Terminal Feri Tawau


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts