by Oh! Semput

Penampang: Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya pula mengalami kecederaan selepas motorsikal ditunggang mereka berlanggar dengan sebuah Toyota Vigo di Jalan Pintas Penampang (Penampang Bypass) pada isnin.
Kedua-dua yang menunggang motorsikal itu difahamkan adalah warga asing yang tiada sebarang dokumen pengenalan diri.
Menurut sumber dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang itu, kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Donggongon menuju ke arah Kepayan.
Bagaimanapun ketika mereka ternampak kereta polis peronda penunggang motorsikal yang panik kerana bimbang ditahan polis, melakukan satu pusingan U yang tidak sah untuk meloloskan diri.
Walau bagaimanapun, mereka merempuh sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun.
Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala manakala pemboncengnya cedera di bahagian kaki selepas terhumban dalam longkang berhampiran.
Kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Penunggang motosikal meninggal dunia kerana kecederaan yang dialaminya.