Penunggang Motosikal Maut Terjatuh Dari Jejambat Selepas Dirempuh Proton X50

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 26 Jun 2026 11:31:39

Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak kira-kira 30 meter dari sebuah jejambat apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah Proton X50 yang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 15.8 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal yang berada di bahu jalan ketika hujan lebat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati Proton X50 yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 21 tahun dipercayai terbabas selepas hilang kawalan akibat keadaan jalan yang licin.

Menurut beliau, kenderaan itu kemudian melanggar dua motosikal yang sedang berhenti di bawah jejambat untuk berteduh daripada hujan.

“Akibat pelanggaran tersebut, seorang penunggang motosikal lelaki tempatan berusia 31 tahun tercampak dari jejambat dan terjatuh kira-kira 30 meter ke bawah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, seorang lagi penunggang motosikal serta pemboncengnya yang masing-masing berusia 18 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

Pemandu Proton X50 itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil ujian saringan alkohol yang dijalankan terhadap pemandu mendapati bacaan adalah negatif. Namun, wanita berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Pihak polis turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya meningkatkan tahap kewaspadaan ketika memandu dalam keadaan hujan, selain mengelakkan berhenti di lokasi berisiko seperti bahu lebuh raya kecuali dalam situasi kecemasan demi keselamatan semua pihak.

Penunggang Motosikal Maut Terjatuh Dari Jejambat Selepas Dirempuh Proton X50 first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts