Penyakit Viralisme Perlu Dielakkan – Dr SSK

by Oh! Semput


12
SHARES
152
VIEWS
Posted on 29 Nov 2016 13:00:25

UMNO akan menghadapi masalah besar jika jentera penerangannya mempunyai penyakit ‘viralisme’ dalam menghadapi empat ancaman utama terhadap parti itu.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, sebagai jentera penerangan parti, mereka sewajarnya mengkaji setiap maklumat yang diterima sebelum disebarkan.

Beliau berkata, golongan itu juga seharusnya bijak untuk berhadapan dengan ancaman fitnah, generasi muda yang ‘bergantung’ dengan gajet, perpecahan sesama sendiri dan ketika berhadapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

“Ancaman ini bergerak dalam media sosial yang kita boleh kawal sebenarnya kerana kita ada banyak maklumat yang sudah tentu boleh dijelaskan dengan sebaiknya.

“Yang jadi masalah apabila kita yang ‘viralkan’, kita yang tulis dari grup sebelah sedangkan sepatutnya kita lawan dengan fakta dan bukan sebarkannya.

“Kita seolah-olah terikat dengan ‘viralisme’ sehingga tidak menuntut kita untuk mencari maklumat yang benar, ” katanya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Penerangan Media 2016 di Dewan Tun Dr. Ismail di Pusat Dagangan Dunia Putera di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts