Perangi Dadah Habis-Habisan – Musa Aman

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 16:01:04

KOTA KINABALU: Permasalahan dadah harus ditangani untuk memastikan masalah ini tidak menghancurkan lebih ramai generasi muda.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, Kerajaan Negeri juga komited memberikan kerjasama dalam usaha untuk memerangi masalah penagihan dadah ini.

“Kita tidak mahu lagi ada kes bunuh disebabkan pengambilan dadah. Kita mahu masalah ini diatasi bagi mengelakkan generasi muda terjebak dalam kancah penagihan dadah kerana mereka merupakan aset penting buat negara.”

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua pihak agar memberikan sokongan terhadap apa sahaja langkah yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Pelancaran Community Empowerment dan Perangi Dadah Habis-habisan Peringkat Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha memerangi dadah secara habis-habisan perlu dilaksanakan secara berterusan di semua peringkat komuniti dan tidak terhad semasa kempen sahaja.

“Apa yang penting adalah pendekatan pengupayaan komuniti untuk memberikan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli komuniti untuk memberikan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli komuniti dalam mempertahankan setiap entiti komunitinya daripada masalah dan ancaman dadah,”katanya.

Sempena majlis berkenaan Musa turut menyampaikan anugerah kepada 13 orang penerima bagi Anugerah Perisai Komuniti sebagai pengiktirafan jasa bakti komuniti, pemimpin-pemimpin, NGO,  dan jabatan-jabatan kerajaan dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts