Peranti AI Ini Bantu Anda Fahami Bahasa Kucing Peliharaan

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 06 Apr 2026 11:00:22

Teknologi kecerdasan buatan kini melangkah ke dunia haiwan peliharaan dengan terciptanya penterjemah AI yang mampu menafsir bunyi dan gerak-geri haiwan.

Inovasi yang dikenali sebagai Pettichat ini bertujuan membantu pemilik anjing dan kucing memahami keperluan serta emosi haiwan mereka dengan lebih tepat.

Sistem AI pada peranti tersebut dilatih menggunakan ribuan rakaman suara haiwan, lalu menghasilkan tafsiran seperti “lapar”, “mahu bermain” atau “tidak selesa”.

Peranti ini berfungsi bersama aplikasi mudah alih Pettichat, di mana pemilik boleh menyemak interaksi yang diterjemahkan, menyimpannya dalam diari perbualan malah menjejaki aktiviti haiwan kesayangan mereka dengan terbinanya ciri GPS.

Menurut syarikat pemula yang membangunkannya, ujian makmal Pettichat dilaporkan mencapai ketepatan terjemahan 94.6%, dengan peranti menterjemah sepantas 1.2 saat sebaik bunyi dikesan.

Sistem ini juga bertambah baik dari semasa ke semasa menggunakan pembelajaran adaptif dengan membina profil komunikasi berdasarkan corak dan tingkah laku vokal unik haiwan peliharaan tersebut.

Walaupun mungkin terdapat persoalan tentang ketepatan tafsiran serta risiko bergantung sepenuhnya kepada mesin, PettiChat ini berpotensi menjadikan hubungan manusia-haiwan lebih interaktif dan bermakna.

{suggest}

Peranti AI Ini Bantu Anda Fahami Bahasa Kucing Peliharaan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts