by Oh! Semput

WASHINGTON: Perbualan telefon kontroversi antara Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dipilih, Donald Trump dengan pemimpin Taiwan, hanyalah ‘panggilan hormat’ kata Naib Presiden dipilih, Mike Pence, hari ini.
“Ia hanya tidak lebih daripada panggilan telefon sebagai tanda menghormati seorang pemimpin yang dipilih secara demokrasi,” Pence memberitahu ABC News merujuk kepada perbualan telefon yang berlangsung Jumaat lalu.
Perbualan telefon antara Trump dan Tsai Ing-wen itu memecah dasar diplomatik Amerika Syarikat selama beberapa dekad dan dijangka bakal mewujudkan risiko hubungan AS dengan China. – AFP
Category: Dunia