Perdana Menteri Menzahirkan Rasa Dukacita Atas Pemergian Sahabat Baik, Pemimpin PKR Pahang Cikgu Abas Awang Yang Meninggal Dunia Semalam

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 07 Jun 2026 10:01:59

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian sahabat baiknya Allahyarham Cikgu Abas Awang, yang meninggal dunia semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar, khususnya kepada keluarga Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Pahang.

"Jasa, pengorbanan dan komitmen Allahyarham terhadap perjuangan serta pembangunan insan akan terus terpahat dalam ingatan mereka yang pernah mengenali dan bersama-sama berjuang dengannya.

"Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh," kata beliau.

Anwar turut mendoakan semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat itu.

Abas yang merupakan bekas calon PKR bagi kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Allahyarham pernah menerajui Biro Pendidikan PKR kira-kira sedekad lepas dan masih aktif bersama PKR Pahang hingga ke akhir hayatnya. #harianmetro

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts