by Oh! Semput
Buat julung kalinya, AIFW Event bakal mengadakan sebuah acara fesyen islamik Asia yang pertama di Malaysia iaitu Asia Islamic Fashion Week 2017.

Acara ini dirancang demi untuk mempersembahkan fesyen serta gaya terkini berkonsepkan Islamik. Ia bakal berlangsung pada 30 Mac sehingga 2 April nanti. Majlis berprestij ini diasaskan oleh Fuza Umar.

Mizz Nina merupakan salah seorang dari tiga orang fashion influencers yang akan turut serta menjayakan acara berprestij ini.
Berikut adalah informasi penuh tentang acara fesyen Islamik Asia ini.

Jenama Phewiit by Amy Search turut akan menyertai #AIFW2017.