Perhimpunan Agung UMNO Masuk Hari Terakhir

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 03 Dec 2016 02:01:34

KUALA LUMPUR – Selepas dua hari bersidang, Perhimpunan Agung UMNO 2016 memasuki hari terakhirnya hari ini dengan menyambung semula perbahasan usul ekonomi.

Sebanyak sembilan pembahas dijadual mengambil bahagian membahas usul itu yang akan dimulakan dengan wakil Pergerakan Puteri UMNO Armizadonna Wirdawati Mohd Radzi.

Sebanyak 14 pembahas akan membahaskan usul agama dan pendidikan sebelum sesi penggulungan.

Sesi penggulungan tahun ini menyaksikan ia kembali kepada tradisinya iaitu ucapan penggulungan akan dilakukan oleh pucuk pimpinan utama parti berbanding tahun lepas yang hanya dilakukan oleh presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan agung dijadual tamat pada 6.30 petang dan diikuti sidang media oleh pimpinan utama parti. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts