Meta Perkenal Muse, Ejen AI Peribadi Yang Boleh Bertindak Bagi Pihak Pengguna

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 09 Sep 2026 07:30:14

Meta kini memperkenalkan Muse, ejen AI peribadi yang direka bukan sekadar untuk menjawab soalan, tetapi turut melaksanakan tugasan bagi pihak pengguna.

Berbeza daripada chatbot biasa, Muse boleh mengendalikan tugasan seperti menghantar e-mel, membuat tempahan perjalanan, membuka pelayar dan mengisi borang. Pengguna hanya perlu memberikan arahan, kemudian Muse akan menentukan langkah yang diperlukan dan meneruskan tugasan tersebut.

Bagi tugasan tertentu yang sensitif, Muse akan meminta kebenaran pengguna terlebih dahulu, termasuk sebelum menghantar e-mel atau membuat pembelian. Untuk tugasan yang mengambil masa lebih lama pula, ia boleh terus bekerja walaupun pengguna menutup aplikasi dan kembali apabila terdapat perubahan atau apabila kebenaran diperlukan.

Keupayaan ini dikuasakan oleh Muse Spark, model Meta yang dibangunkan untuk tugasan berasaskan ejen. Muse juga mempunyai keupayaan untuk mengingati perkara yang penting kepada pengguna, membolehkannya menggunakan konteks daripada maklumat yang pernah dikongsi ketika melaksanakan tugasan.

Sebagai contoh, Muse boleh menukar resipi yang disimpan di Instagram kepada senarai barangan runcit atau mencadangkan menu untuk sesuatu majlis.

Bagi membolehkan Muse bertindak bagi pihak pengguna, Meta membangunkan Muse Secure VM, iaitu mesin maya khusus yang menempatkan ejen serta data dan kelayakan perkhidmatan pengguna. Meta turut menggunakan ejen berasingan bernama Sentinel pada mesin yang sama untuk mengawal akses Muse ke internet dan meminta kebenaran pengguna apabila diperlukan.

Pada masa yang sama, pengguna masih mempunyai kawalan terhadap akses Muse. Mereka boleh memilih aplikasi yang disambungkan, menentukan tahap kebenaran dan memutuskan sambungan perkhidmatan pada bila-bila masa.

Meta menyatakan Muse tidak dapat melihat kata laluan atau kaedah pembayaran pengguna kerana kelayakan tersebut disimpan dalam storan selamat. Pengguna juga boleh melihat jejak audit lengkap mengenai perkara yang telah dan dirancang untuk dilakukan Muse.

Dalam pada itu, Meta turut merancang untuk memperkenalkan Muse Confidential VM kemudian pada tahun ini. Menurut Meta, keseluruhan VM termasuk data dan perbualan pengguna akan disulitkan (encrypted) dengann kunci yang hanya dipegang oleh pengguna, bermakna Meta sendiri tidak dapat mengaksesnya.

Ketersediaan

Buat masa ini, Muse dilancarkan di Amerika Syarikat untuk iOS, Android dan laman Muse.ai, manakala sokongan untuk cermin mata AI akan hadir kemudian. Muse ditawarkan secara percuma, dengan pelan langganan bagi pengguna yang mahukan keupayaan yang lebih tinggi.

{suggest}

Meta Perkenal Muse, Ejen AI Peribadi Yang Boleh Bertindak Bagi Pihak Pengguna WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts