by Oh! Semput
Jepun ialah negara terawal menggunakan robot dalam bidang industri dalam dekad 60an. Ini membolehkan Jepun menjadi negara dengan ekonomi termaju Asia dalam dekad 80an. Kini Jepun telah menggunakan robot untuk menggantikan tenaga kerja manusia kerana jumlah penduduk muda yang semakin susut.

Terkini syarikat GMO AI & Robotics Corp mengumumkan mereka akan mula menawarkan perkhidmatan ambulans khusus untuk robot humanoid. Apabila pelanggan melaporkan isu dengan robot yang dikeluarkan mereka, ambulan ini akan dihantar untuk mengambil dan kemudian membaiki isu yang dihadapi oleh robot. Pelbagai kelengkapan yang diperlukan untuk membaiki robot turut diletakkan di dalam ambulans ini.

Robot humanoid keluaran GMO telah digunakan sebagai pengendali kargo Japan Airlines sejak Mei lalu. Ia antara usaha dilakukan Jepun untuk mengintegrasikan robot humanoid dalam aktiviti harian. Selain robot GMO, robot keluaran Unitree turut digunakan dalam ujian yang akan dilakukan sehingga 2028.
Su,ber – Kyodonews