Perkhidmatan Wifi Percuma Di Gunung Everest Direalisasikan Mac Depan

by Oh! Semput


8
SHARES
105
VIEWS
Posted on 14 Feb 2017 19:01:26


Gunung Everest adalah gunung yang paling tertinggi di dunia. Gunung ini sememangnya terkenal dan menjadi tarikan para pengunjung untuk datang mendaki ke gunung ini.

Terkini, gunung ini dikhabarkan akan mempunyai perkhidmatan wifi secara percuma ke seluruh kawasan gunung Everest iaitu dari kawasan Annapura dan Gunung Everest itu sendiri.

Perkhidmatan wifi disediakan adalah bertujuan untuk memudahkan kepada para pendaki dalam usaha untuk membantu pendaki dikala kecemasan sekiranya berlaku bencana alam yang tidak terduga dan sebagainya.

Sebelum ini semua pendaki yang mendaki gunung ini menggunakan telefon satelit yang dikatakan amat mahal mengakibatkan kos mendaki semakin tinggi kerana telefon satelit amat diperlukan sekiranya berlaku kecemasan.


Dengan adanya perkhidmatan wifi kos semakin berkurang dan bantuan kecemasan akan menjadi lebih mudah dan cepat kerana komunikasi melalui internet adalah lebih pantas.

Pada masa ini, menurut sumber, gelombang wifi dikatakan telah boleh digunakan di beberapa kawasan berhampiran walaupun tidak secara keseluruhan.

Gunung Everest kini mempunyai satu lagi kelebihan dan keistimewaan kerana telah mempunyai perkhidmatan wifi secara percuma untuk semua pengunjung.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts