Perlu akui hakikat, sokongan Melayu terhadap UMNO cuma 28 peratus -Ismail Sabri

by Oh! Semput


10
SHARES
125
VIEWS
Posted on 16 Jan 2026 20:34:42

UMNO perlu berani mengakui realiti semasa bahawa sokongan Melayu terhadap parti itu kini berada pada tahap rendah, sekitar 28 peratus, dan tidak boleh terus terperangkap dengan nostalgia kegemilangan lalu.

sokongan melayu

Perlu sedar sokongan Melayu rendah

Memetik laporan daripada Kosmo! Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, pengakuan jujur itu penting bagi membolehkan UMNO melakukan pembaharuan serta merangka hala tuju baharu yang lebih realistik dan berkesan.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, suasana Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini memperlihatkan semangat juang yang masih tinggi dalam kalangan perwakilan, namun ia perlu diterjemahkan kepada tindakan menyeluruh di peringkat parti.

“Saya menyambut baik ucapan Presiden UMNO, khususnya penekanan terhadap penyatuan dan bukan pemisahan sebagai asas untuk memperkukuhkan kembali parti,” katanya.

alt

Sokongan Melayu rendah, UMNO tak boleh bernostalgia lagi

Ismail Sabri berkata, dalam keadaan politik semasa yang mencabar, penyatuan ummah Melayu amat penting bagi memastikan kedudukan agama dan bangsa tidak terancam.

Beliau turut melihat gagasan Pintu Rumah Bangsa sebagai pendekatan yang berpotensi merapatkan jurang perbezaan serta menyatukan kembali kekuatan politik Melayu, termasuk membawa masuk semula mereka yang kini berada di luar UMNO.

Walau bagaimanapun, katanya, gagasan tersebut hanya akan berjaya sekiranya semua pihak benar-benar ikhlas dan jujur dalam melaksanakannya.

“Agenda besar seperti ini tidak boleh bersifat retorik semata-mata. Ia menuntut keikhlasan dan kesediaan untuk meletakkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air mengatasi kepentingan peribadi,” ujarnya.

alt

Artikel lain: Kerjasama dengan DAP ‘susunan Allah’, ditakdir jadi rakan dalam kerajaan – Zahid Hamidi

PAU 2025 yang dirasmikan pagi ini menyaksikan kehadiran ribuan perwakilan dari seluruh negara, sekali gus mencerminkan usaha UMNO mencari ruang kebangkitan dalam landskap politik semasa.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts