'Tak Perlu Pulangkan RM1,000 Itu, Gunakanlah Untuk Bantu Keluarga Yang Lain' - Penderma

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 09 Oct 2016 10:00:34


Alangkah baiknya kalau ramai yang mencontohi sikap lelaki ini yang sangat ringan tulang menghulurkan bantuan, tanpa mengira bangsa dan agama. Terbaru, Kuan Chee Heng, memuat naik beberapa gambar mereka menziarahi sebuah keluarga yang serba kekurangan, menarik perhatian netizen.

"Si ibu berusia 74 tahun, anak perempuannya pula mentally challenged. Bila saya datang ke rumah, rupanya mereka belum makan. Peti sejuk pun tiada. Saya menawarkan diri untuk masak mee goreng untuk mereka. Mereka menikmatinya dengan berselera sekali. Boleh tahan juga rasa mee goreng yang saya masak," katanya. 



Susulan perkongsian itu, ramai yang menghubunginya untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan. Ada yang mahu menghulurkan wang untuk membeli tikar getah untuk keluarga berkenaan. 

"Ada seorang lelaki, mahu kumpul duit bagi tikar getah untuk rumah keluarga ini. Katanya, lantai rumah wajib mempunyai tikar getah dia sanggup menghulurkan duit untuk membeli tikar getah itu. Sungguh saya bangga dengan rakyat Malaysia seperti ini." kata Kuan. 

Dalam masa yang sama, Kuan juga mengalu-alukan orang ramai menghulurkan sumbangan bagi mengumpul dana RM900 untuk membeli peti ais bagi keluarga berkenaan. Dalam tempoh yang singkat, dana yang diperlukan sudah pun diperolehi dan serta merta ditutup. 

Namun begitu, ada seorang lelaki telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM1,000 melebihi dana yang diperlukan oleh Kuan. Oleh kerana, dana RM900 telah pun diperolehi, Kuan mahu mengembalikan wang RM1,000 itu kepada pemiliknya, tetapi lelaki itu enggan menerimanya. 



Alangkah baiknya jika ramai yang bersikap murah hati seperti ini, yang sama-sama sudi menghulurkan bantuan kepada golongan susah. Sikap insan-insan seperti ini wajib kita jadikan sebagai contoh dan tauladan, agar kehidupan menjadi lebih baik dan bermakna. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts