PKR Perlu Siasat Dakwaan Ada Penerima Bakul Makanan Cabang Indera Mahkota Didaftar Jadi Ahli Parti Tanpa Pengetahuan Mereka

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 12 Aug 2026 13:30:35

KUANTAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerima bakul makanan daripada PKR Cabang Indera Mahkota didaftarkan sebagai ahli parti tanpa pengetahuan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang berkata, perkara itu dipandang serius dan tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prinsip atau tatacara yang ditetapkan bagi memastikan segala tuduhan dapat diperjelaskan.

"Kita perlu memastikan bahawa bantuan kepada rakyat kekal sebagai tanggungjawab dan amanah, bukannya dijadikan alat politik.

"Pada masa yang sama, nama baik serta integriti parti hendaklah sentiasa dipelihara.

"Bantuan adalah hak mereka yang memerlukan. Keahlian parti pula mestilah lahir daripada keyakinan dan kesedaran, bukan kerana habuan," katanya pada Rabu.

Terdahulu, tular dakwaan seorang penerima kotak bantuan dari Perkampungan Cenderawasih yang rasa tertipu selepas didaftarkan sebagai ahli parti politik tanpa disedari.

Individu itu mendakwa perkara tersebut berlaku ketika mengambil bantuan dalam program anjuran Pusat Komuniti Madani Parlimen Indera Mahkota pada Ahad lalu, di mana kad pengenalannya diambil gambar oleh petugas dengan alasan untuk tujuan rekod semata-mata.

Mengulas lanjut, Chun Kuang menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dijadikannya dijadikan medium untuk mendapatkan keahlian atau sokongan politik.

"Sepanjang saya menjalankan amanah sebagai ADUN, prinsip saya jelas bahawa setiap bantuan hendaklah diberikan berdasarkan keperluan dan keadaan penerima, tanpa mengira latar belakang, kaum, agama mahupun kecenderungan politik.

"Penyertaan dalam parti politik seharusnya lahir daripada keyakinan terhadap idealisme, prinsip dan wawasan yang diperjuangkan, bukannya dipancing melalui bantuan kewangan, barangan atau apa-apa bentuk habuan," jelasnya. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts