Permohonan Baharu dan Kemaskini BR1M 2017

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 05 Dec 2016 02:00:25


BR1M Bantuan Rakyat 1 Malaysia Tahun 2017

Permohonan Baharu dan Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Sesiapa yang layak menerima BRIM dan belum berdaftar diingatkan supaya bertindak pantas dan tidak menunggu saat-saat terakhir baru mahu mula berurusan. Untuk mendapat Borang Permohonan BRIM 2017 secara atas talian, boleh layari https://ebr1m.hasil.gov.my Tekan Sini

Sila ikuti arahan/panduan yang tersedia di Laman E-BR1M

Syarat Kelayakan Permohonan BRIM 2017

  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
  • Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  • Penerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)adalah tidak layak menerima BRIM.

Sepertimana yang telah diumumkan Pendana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan bajet baru-baru ini berikut adalah kadar bayaran baharu bagi tahun 2017:

Kadar Bayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1 Malaysia

  • Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih) : RM1200
  • Kategori Isirumah Bawah RM3,000 : RM1200
  • Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000 : RM900
  • Kategori BRIM Individu Bujang : RM 450
Gambar jadual terbaru pembayaran Br1m 2017

Gambar jadual terbaru pembayaran Br1m 2017

Jadual Pembayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih)

  • Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
  • Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
  • Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000

  • Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
  • Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
  • Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000

  • Ansuran Pertama : RM300 pada Januari 2017
  • Ansuran Kedua : RM300 pada Mei 2017
  • Ansuran Ketiga : RM300 pada September 2017

Kategori BRIM Individu Bujang

  • RM 450 pada Januari 2017

Bagi permohonan yang gagal menerima BR1M berikut adalah punca sebenar dikongsi laman E-BR1M

Punca Sebenar kenapa anda gagal dalam permohonan Br1m

Punca Sebenar kenapa anda gagal dalam permohonan Br1m

Minta Kerjasama kepada semua untuk sebarkan info terbaru ini supaya tiada yang ketinggalan atau terlepas mendaftar BR1M yang mana akan menyebabkan anda serta sahabat dan keluarga anda berisiko tidak menerma pembayaran BR1m. – Suara Masyarakat Sabah


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts