Tak pernah dibincangkan, Bersatu nafi beri mandat rundingan dengan UMNO – Muhyiddin

by Oh! Semput


8
SHARES
110
VIEWS
Posted on 18 Jan 2026 14:04:33

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan tidak pernah memberikan sebarang mandat rasmi kepada mana-mana pimpinan parti untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung usaha penyatuan Melayu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu setakat ini.

Menurut beliau, penegasan itu dibuat susulan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, yang menyentuh mengenai dakwaan wujud perbincangan dengan pimpinan Bersatu bagi mengusahakan penyatuan Melayu.

alt

Bersatu nafi beri mandat rundingan dengan UMNO

Tegas beliau, sebarang perbincangan rentas parti yang melibatkan bentuk kerjasama antara Bersatu dan UMNO perlu diadakan mengikut saluran rasmi parti serta diputuskan secara kolektif.

Beliau berkata, perbincangan sedemikian juga hendaklah dihadiri oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua parti bagi memastikan ia berlangsung secara sah, telus dan berwibawa.

“Antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk pandangan rakan-rakan parti dalam Perikatan Nasional (PN) serta kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini,” ujar Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri.

alt

Artikel lain: Hendaklah disegerakan! Hadi Awang gesa mesyuarat tergempar PN, lantik pengganti Muhyiddin

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan Bersatu tidak menutup pintu sepenuhnya terhadap sebarang cadangan yang dikemukakan, namun menegaskan ia perlu diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat.

alt

Menurutnya, Bersatu hanya akan mempertimbangkan cadangan berkenaan selepas memperoleh maklumat serta input yang lebih jelas, lengkap dan menyeluruh demi kepentingan parti serta landskap politik negara.

: FB Muhyiddin Yassin

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts