Persiapan Pasukan Kelantan Tidak Terjejas

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Dec 2016 18:01:26



KOTA BHARU – Persiapan untuk membentuk pasukan Kelantan yang baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan tidak terjejas walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan pelbagai masalah terutama penajaan.

Ketua Jurulatih negeri, Zahasmi Ismail berkata pihaknya kini sedang memberi tumpuan mewujudkan sebuah pasukan yang mantap tanpa mahu memikirkan masalah yang dihadapi KAFA, badan induk yang mengendalikan pasukan Kelantan.

“Masalah pengurusan biar mereka (KAFA) selesaikan, kita hanya menyelesaikan masalah di padang dengan perkara-perkara yang patut kita lakukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zahasmi berkata kini beliau bersama barisan kejurulatihan dalam proses meneliti pemain tempatan dan pemain import bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain pasukan Kelantan musim lepas.

Beliau berkata pemain yang terpilih mewakili pasukan Kelantan untuk saingan musim depan dikehendaki sentiasa meningkatkan prestasi masing-masing.

Laporan berita sebelum ini menyatakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum menerima sebarang tajaan rasmi bagi persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.

Sementara itu jawatan Presiden KAFA dipangku Datuk Seri Afandi Hamzah selepas Tan Sri Annuar Musa melepaskan jawatannya sebagai Presiden KAFA pada 9 Nov lalu selepas menyandangnya sejak 2008. – BERNAMA

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...