by Oh! Semput
Penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad hadir perasmian Kongres PKR di Shah Alam, 21 Mei 2017. — Foto oleh Yusof Mat IsaSHAH ALAM, 21 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat muncul buat pertama kali menyertai perasmian Kongres PKR di sini hari ini.
Bekas perdana menteri itu hadir sebagai wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penasihat PPBM dilihat duduk bersebelahan pemimpin DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
PKR ditubuhkan pada 2003, rentetan Mahathir memecat timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet dan Umno kerana isu salah laku.
Turut hadir presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan setiausaha Anuar Tahir.