Pertembungan JDT-Kedah Pembuka Tirai Liga Super 2017

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 20 Jan 2017 02:00:46

Liga Super 2017

JUARA Piala Malaysia musim lalu, Kedah akan turun membuat perhitungan dengan juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pembuka tirai kempen Liga Super 2017 di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Perlawanan tersebut juga akan menjadi gelanggang untuk menentukan juara Piala Sumbangsih musim ini.

Atas kertas, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang, tetapi kelebihan tetap memihak kepada JDT kerana mereka akan beraksi di laman sendiri, gelanggang yang menjadi tempat mereka memusnahkan pasukan lawan pada kempen musim lalu.

Menyedari hakikat tersebut, jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengingatkan anak-anak buahnya supaya kekal fokus walaupun rentak JDT mungkin agak terjejas kerana barisan pemainnya dikejutkan dengan kehilangan jurulatih berpengalaman, Maria Gomez kelmarin.

Menurut Cheng Hoe, setiap pemain perlu mengetepikan tanggapan tersebut dan menghormati pasukan juara Liga Super 2015 dan 2016 itu yang sememangnya diakui memiliki barisan pemain yang hebat dan berkaliber.

Tambah Cheng Hoe lagi, dia mahu barisan pemain skuad Helang Merah tampil pada perlawanan pembuka tirai Liga M itu dengan mempamerkan aksi cemerlang, sekali gus meraih kemenangan walaupun bertempur di gelanggang keramat pasukan lawan mereka itu.

“Saya percaya para pemain JDT tidak mahu berputih mata terlepas Piala Sumbangsih 2017 di hadapan penyokong sendiri walaupun mereka terpaksa akur dengan kehilangan Gomez.

“Malah, semangat pemain skuad itu mungkin lebih membara untuk membuktikan JDT merupakan antara pasukan terkuat dalam saingan Liga Malaysia musim ini seperti yang dibuktikan pada tahun lalu,” kata Cheng Hoe ketika dihubungi semalam.

Semalam dilaporkan, jurulatih dari Argentina, Gomez akhirnya meninggalkan skuad tersebut selepas dua tahun mengendalikan pasukan juara Liga Super 2015 dan 106 itu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Kelab Bola Sepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers.

Selain itu, Cheng Hoe memberitahu, para pemain pasukan Kedah juga telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memulakan perlawanan pembuka tirai Liga M 2017 itu serta perlawanan-perlawanan mencabar lain selepas ini dengan menjalani latihan yang agak keras sejak sebulan lalu.

“Saya berpuas hati dengan semangat dan prestasi yang ditunjukkan semua pemain sepanjang latihan tersebut dan diharapkan mereka dapat menterjemahkan semangat kental tersebut dalam setiap perlawanan yang dihadapi selepas ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, Cheng Hoe juga mengharapkan dua pemain import baharu skuad Helang Merah iaitu peledak utama, Ken Ilso Larsen dari Denmark dan seorang lagi pemain pertahanan, Zachary Michael dari Australia dapat membuktikan kemampuan mereka yang sebenar bagi membantu memantapkan pasukan Kedah.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts