Pertemuan KAFA, kerajaan negeri ditangguh

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 01 Jan 2017 06:00:56

Kota Bharu: Pertemuan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dengan kerajaan negeri Kelantan yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan pada 4 Januari ini.

KAFA berkata, penangguhan itu berikutan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob perlu memberi keutamaan kepada mangsa banjir.

“Kita terpaksa tangguhkan pertemuan pada hari ini memandangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob perlu memberi keutamaan kepada mangsa banjir.

“Kita faham dengan situasi ini dan berharap pada pertemuan 4 Januari nanti mendatangkan keputusan positif kepada KAFA,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Harian Metro Jumaat lalu melaporkan kerajaan negeri hanya akan memberi kata putus berhubung bantuan terhadap KAFA yang berdepan masalah penajaan pada 1 Januari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Datuk Ab Fattah Mahmood dipetik berkata, keputusan akan dibuat selepas perbincangan antara KAFA dengan Menteri Besar Kelantan pada tarikh berkenaan.

Katanya, melalui perbincangan itu, kerajaan negeri akan memperoleh gambaran lebih jelas berhubung kemelut melanda KAFA sehingga mahu menarik diri dari Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Category: Sukan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts