by Oh! Semput

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata KDN sehingga kini masih belum mengharamkan buku-buku tersebut kerana ia bukan untuk edaran awam.
“Soalnya buku itu diharamkan untuk pengedaran awam. Sekiranya buku itu tidak diedarkan secara awam, itu KDN belum ambil tindakan."Memang boleh diharamkan, tapi selalunya yang diharamkan adalah buku-buku yang dijual di kedai-kedai dan edaran awam,” kata Nur Jazlan.
Beliau ditemui selepas merasmikan kempen "#blackoutbumisakit: Bersama Selebriti Selamatkan Dunia" di ibu negara.
Ia merupakan program kempen anjuran Genesis bersama artis tempatan untuk menyemai sikap cintakan alam sekitar.