KUALA LUMPUR - Seorang wanita tanpa segan meminta pihak stesen minyak memberinya minyak percuma dan jika permintaannya tidak dilayan, dia akan membiarkan keretanya diletakkan di sebuah pam minyak bagi menghalang pelanggan lain dari menggunakannya.
Video dan gambar insiden yang dipercayai berlaku di sekitar Batu Caves itu dimuat naik oleh Chang Lee Ying di laman Facebook mencetus pelbagai reaksi netizen.
"Hari ini kami didatangi seorang pelanggan wanita yang mahu meminta petrol percuma. Dia kata dia tidak mempunyai wang untuk mengisi petrol, lalu meletakkan keretanya di stesen dan halang pelanggan lain menggunakan salah sebuah pam.
"Dia juga mahu kami isikan petrol penuh pada keretanya, jika tidak dia tidak akan mengalihkan kereta Proton Wiranya itu. Bukankah ini tindakan lebih kurang seperti menyamun?" tulisnya.
Berdasarkan dua video yang dimuat naik, wanita berkenaan duduk di dalam kiosk stesen berkenaan menunggu permintaanya ditunaikan.
"Boleh awak sahkan yang kereta Proton Wira itu kepunyaan awak?" soal Chang.
"Ya, itu kereta saya yang didaftarkan di bawah nama saya," jawabnya.
"Jadi awak nak kami berikan minyak penuh secara percuma dan jika tidak, awak tidak mahu berganjak, begitu?" soal Chang lagi.
Wanita itu menjawab ya dan meminta Chang menyebarkan video itu di media sosial agar satu dunia melihat tindakannya itu.
Difahamkan, wanita itu telah melanggar sebuah kereta yang lain pada malam sebelum insiden itu, menyebabkan keretanya kemek di bahagian depan dan juga belakang.
Sementara itu, netizen menasihatkan agar Chang membuat laporan polis untuk mengusir wanita berkenaan. Namun, ada juga yang mencadangkan pihak stesen isikan petrol RM10 ke dalam keretanya agar wanita itu beredar segera. -
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian selepas memuat naik satu video yang memaparkan Datuk Seri Vida menghidangkan nasi kerabu kepadanya.Menerusi hantaran di Instagram, Fazley menulis ucapan ringkas dan berahsia buat Vida atau
Seorang lelaki berusia 47 tahun meninggal dunia selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu sebelum kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 5.1 Jalan Kota Tinggi-Kluang, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam
Satu dakwaan mengenai urusan pengebumian jenazah tular selepas ahli keluarga arwah mendakwa proses pengkebumian tertangguh lebih sejam susulan isu berkaitan permit kubur dan perkhidmatan pengurusan jenazah.Menurut sumber ahli keluarga arwah dan pasukan p
Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak kira-kira 30 meter dari sebuah jejambat apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah Proton X50 yang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 15.8 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), petang semala
Seorang gelandangan warga asing ditahan selepas dipercayai merosakkan sebuah kenderaan milik polis dengan membaling objek keras dalam kejadian di hadapan Hotel Kingston, Jalan Hang Lekiu, kelmarin.Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuz
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar, lewat malam tadi.Mangsa ditemukan oleh orang awam di tingkat lima bangunan berkena
Pelakon Zara Zya mendedahkan dia tidak lagi akan menerima sebarang tawaran membawakan watak sebagai penyondol atau orang ketiga selepas menjayakan karakter Dhia dalam drama Luka Di Hujung Setia.Menurut pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin,
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah buat masa ini.Menurut Syed Saddiq, 33, fokus utamanya kini tertumpu kepada keputusan rayuan akhir yan
KUANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan melombong mineral bauksit dipercayai diusahakan secara haram hasil serbuan dilakukan di kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Goh di sini pada Khamis.Komander Briged Tenggara Pasuka
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya bersama Bella Astillah selagi keputusan rayuan akhir kes membabitkan tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkata