Phison Memperkenalkan Pascari Space – Siri Storan Untuk Pusat Data Angkasa Lepas

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 23 Nov 2026 10:30:46

Kebelakangan ini, ada banyak laporan yang mengatakan bahawa sejumlah syarikat dalam industri pembangunan teknologi pusat data mahu mula memperkenalkan teknologi pusat data di angkasa lepas. Malah, pengasas dan CEO SpaceX, Elon Musk mengatakan bahawa perkara tersebut dijangka akan menjadi realiti tidak lama lagi.

Dan oleh kerana itu, syarikat pembangun teknologi storan, Phison baru-baru ini telah memperkenalkan siri storan khas untuk pusat data angkasa lepas yang dinamakan Phison Pascari Space. Siri storan SSD ini terbahagi kepada tiga model, iaitu Flight Critical, Main Storage dan Orbital Data Center.

Dua siri SSD pertama, iaitu Flight Critical dan Main Storage menggunakan teknologi storan PCIe 4.0 dan tampil dengan pilihan storan dari 40GB sehinggalah ke 4TB. Pilihan storan Orbital Data Centre pula akan tampil menggunakan teknologi penghantaran data PCIe 5.0 dan akan hadir dengan pilihan storan sehingga 128TB bergantung kepada model yang dipilih. Dari segi rekabentuk pula, siri SSD Pascari Space Flight Critical dan Main Storage tampil dengan rekabentuk M.2, manakala siri Orbital Data Center pula akan hadir dalam rekabentuk E3.S dan E3.L.

Spesifikasi storan Phison Pascari Space juga boleh diubahsuai melalui perkhidmatan kejuruteraan IMAGIN+, dari segi modifikasi perisian tegar, ujian radiasi, ujian ralat dan kemampuan menyimpan data. Penggunaan cip NAND pSLC juga menjanjikan kadar penyimpanan data 60 kali lebih baik berbanding dengan cip NAND TLC yang biasa digunakan.

Dari segi suhu operasi, storan Phison Flight Critical boleh beroperasi dalam julat suhu -40 darjah Celcius ke 105 darjah Celcius, Phison Main Storage dalam julat suhu -40 darjah Celcius ke 85 darjah Celcius, dan Phison Orbital Data Center dari julat suhu 0 darjah Celcius ke 70 darjah Celcius.

Phison juga mengesahkan bahawa storan Pascari Space mereka akan digunakan dalam projek pusat data angkasa lepas StarVault-001 (SV-001) yang akan dibangunkan oleh Lonestar Data Holdings yang akan dilancarkan ke orbit bumi pada awal tahun hadapan. Ia dijangka bahawa pusat data ini akan hadir dengan 488TB storan Phison Pascari Space kelak.

: Phison

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts