Polis berpangkat DSP ditahan bantu siasatan kes rasuah di Melaka

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 22 May 2017 13:01:11

Seorang pegawai polis berpangkat DSP dari daerah Melaka Tengah ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah pusat judi haram dan rumah urut. — Foto oleh Yusof Mat IsaSeorang pegawai polis berpangkat DSP dari daerah Melaka Tengah ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah pusat judi haram dan rumah urut. — Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA,  22 Mei — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai polis berpangkat DSP dari daerah Melaka Tengah bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan pusat urut di beberapa lokasi di Melaka.

Lelaki  berumur 49 tahun itu merupakan individu yang ke-12 ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dia ditahan di pejabatnya kira-kira 12.30 tengah hari ini dan dibawa ke Ibu pejabat SPRM di sini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan perkembangan kes tersebut ketika dihubungi.

Lelaki itu dijangka direman esok untuk membantu siasatan kes berkenaan.​​​​

​​​​​​​​​​​​​​SPRM hari ini mendapat kebenaran untuk melanjutkan tempoh reman sembilan individu termasuk dua ketua polis daerah di Melaka selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum ini, kesemua mereka direman selama enam bermula 17 Mei lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Selain mereka, seorang koperal polis  dan seorang orang awam turut direman berhubung kes sama. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts