Polis Maran Minta Saksi Yang Saksikan Kemalangan MPV Toyota Vellfire Terbalik Di Kilometer 169.1 LPT Supaya Tampil Bantu Siasatan

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 07 Jun 2026 13:31:52

KUANTAN:  Polis memohon saksi kemalangan membabitkan lapan sekeluarga yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire kelmarin agar tampil bagi membantu siasatan kejadian.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, kemalangan dilaporkan berlaku di kilometer 169.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Maran kira-kira pukul 12.30 tengah hari kelmarin.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandunya yang merupakan lelaki berusia 43 tahun dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi pembahagi jalan mengakibatkan ia terbalik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wong berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kenderaan terbabit, isterinya yang merupakan penumpang hadapan dan ibu yang berusia 71 tahun yang merupakan penumpang belakang mengalami cedera parah.

Sementara itu, lima lagi penumpang belakang MPV terbabit meliputi ayah, ibu saudara dan tiga anaknya mengalami kecederaan ringan.

"Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Temerloh untuk diberi rawatan lanjut.

“Namun, sehingga kini tiada saksi yang tampil bagi membantu siasatan. Justeru, pihak polis memohon kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan untuk tampil menyalurkan maklumat,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #malaysiagazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts