Kes jual bayi, polis serbu 2 klinik swasta di Klang

by Oh! Semput


8
SHARES
107
VIEWS
Posted on 01 Dec 2016 00:01:47

Dua buah klinik swasta di bandar ini diserbu polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan bayi.

Jurucakap polis berkata klinik bersalin dan klinik am diserbu kira-kira pukul 3 petang oleh sepasukan anggota dari Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Dalam serbuan “Ops Baby” itu polis turut merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis turut meminta tiga kakitangan wanita klinik berkenaan untuk hadir ke balai polis berhampiran untuk diambil keterangan, katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan klinik berkenaan di Klang semalam.

Serbuan itu dilakukan susulan dakwaan agensi berita antarabangsa baru-baru ini kononnya terdapat kegiatan menjual bayi di daerah itu.

Menurut jurucakap polis itu lagi, selain dua klinik berkenaan, serbuan turut dijalankan di tiga buah klinik di dua lokasi berasingan iaitu di Tanjung Sepat, Sepang; dan di Labu, Negeri Sembilan.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan, tambahnya.

– Bernama

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts