Polis Tahan Suami Belasah Isteri Hidang Lauk Sejuk

by Oh! Semput


8
SHARES
100
VIEWS
Posted on 13 Dec 2016 17:01:00

MIRI: Seorang penternak ayam telah ditahan polis kerana memukul isterinya dengan tali pinggang dan rotan di Kampung Jagus Lambir, Miri, Isnin.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek yang berusia 33 tahun telah memukul mangsa berusia 34 pada pukul 4 petang hari Ahad kerana marah dihidangkan lauk yang sejuk.

“Apabila mangsa mahu memberi anjing makan lauk yang dimasak, suspek marah dan memukul pengadu menggunakan tali pinggang dan rotan,” katanya di sini Selasa.

Khoo berkata, mangsa seorang suri rumah mengalami kesan lebam dan calar akibat di rotan dan dipukul dengan tali pinggang di kaki, tangan dan seluruh badan.

“Mangsa sering dipukul suspek,” katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman tiga hari sehingga Khamis ini.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts