by Oh! Semput
Fon telinga nirwayar baharu Nothing Ear (3a) kini rasmi ditawarkan di Malaysia dan sudah boleh dipratempah pada harga RM399. Ia hadir dalam pilihan warna malar segar seperti hitam, putih, kuning serta tambahan warna baharu merah jambu (Pink). Jualan rasmi akan bermula pada 20 September 2026 dengan ketersediaan melalui pengedar sah Nothing di seluruh negara termasuk Nothing Image Store.

Nothing Ear (3a) hadir dengan pemandu audio 12mm yang menghasilkan bass lebih mantap, serta sokongan audio resolusi tinggi LDAC dan audio spatial terbina. Melalui aplikasi, pengguna boleh memilih daripada lapan tetapan EQ mengikut citarasa masing-masing.

Sistem pembatalan hingar aktif (ANC) turut dipertingkatkan kepada 45dB iaitu 17% lebih baik berbanding sebelumnya. Ciri Audio Snapshot pula membolehkan rakaman audio terus ke memori terbina 32MB dengan menekan kedua-dua butang pada tangkai secara serentak.
Dari segi ketahanan bateri, setiap putik mampu beroperasi sehingga 10 jam tanpa ANC atau 6 jam dengan ANC. Dengan bantuan pod pengecas, ia meningkat kepada 42 jam tanpa ANC atau 25 jam dengan ANC.
Pratempah Sekarang – Nothing | MY