Pratempahan GTA VI Telah Mencatatkan Kutipan $751 Juta

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 09 Nov 2026 07:00:45

Tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum Grand Theft Auto VI (GTA VI) dilancarkan secara rasmi selepas dua kali ditangguhkan dari tarikh pelancaran asal. Sungguhpun belum dijual di kedai secara fizikal, GTA VI telah mencatatkan kutipan $751 juta (~RM 3 bilion) menurut laporan Sensor Tower.

Ia adalah mengikut anggaran 7.7 juta unit yang telah dipratempah oleh pembeli. Ini meletakkan GTA VI sebagai permainan dengan jumlah pratempahan kedua tertinggi dalam sejarah dengan ia di belakang Cyberpunk 2077 yang mencatatkan 8 juta pratempahan.

Daripada jumlah ini, majoriti pratempahan ialah versi Ultimate dengan bakinya ialah versi Standard. Pecahan mengikut konsol pula ialah 74% membeli GTA VI untuk PlayStation 5 dengan baki 26% pula untuk Xbox. Bagi yang belum membeli, CelcomDigi menawarkan GTA VI pada harga $299 berbanding harga asal RM339 kepada pelanggan mereka.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts