Predator Helios 18 AI – Prestasi Desktop Premium Dalam Rangka Komputer Riba

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 08 Jul 2026 10:33:53

Pada satu ketika dulu, ia dikatakan bahawa jika anda mahukan prestasi perkomputeran dan gaming yang terbaik, satu-satunya pilihan anda ialah untuk membina komputer gaming desktop anda sendiri. Tidak dinafikan bahawa prestasi komputer desktop adalah yang terbaik, walaupun dibandingkan dengan komputer riba paling berkuasa di pasaran hanya 5-6 tahun yang lepas.

Dengan kemajuan teknologi, kita kini dapat lihat bahawa komputer riba gaming kini semakin menghampiri kemampuan komputer gaming desktop. Acer adalah diantara jenama pengeluar komputer yang baru-baru ini telah memperlihatkan penawaran komputer riba gaming paling berkuasa mereka dengan Predator Helios 18 AI.

Gabungan Komponen Yang Tiada Tandingan

Acer Predator Helios 18 AI dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Intel® Core™ Ultra 9 290HX Plus bersama-sama gabungan kad grafik NVIDIA yang paling berkuasa, NVIDIA® GeForce® RTX™ 5090. Gabungan kedua-dua komponen ini menjanjikan mutu gaming yang tiada tandingan dalam sebuah komputer riba, yang mampu menandingi binaan komputer gaming desktop yang paling berkuasa di pasaran pada hari ini.

Cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 290HX Plus hadir dengan penaiktarafan prestasi gaming sebanyak 8 peratus apabila dibandingkan dengan model cip pemprosesan sebelumnya, dan sehingga 77 peratus apabila dibandingkan dengan cip pemprosesan yang dilancarkan empat tahun dahulu.

Kelebihan cip pemprosesan Intel ini, ialah anda boleh menggunakan satu sistem ini sahaja untuk memainkan permainan anda, menstrimkan permainan anda ke laman penstriman seperti Twitch ataupun YouTube dan merakamkan permainan anda semuanya dengan satu komputer ini sahaja.

Penggunaan cip pemprosesan terbaru ini juga hadir dengan pelbagai ciri-ciri lain, seperti sokongan untuk sambungan internet nirwayar pantas WiFi7 dan Bluetooth 5.4, teknologi storan PCIe 5.0 dan juga sokongan untuk teknologi sambungan peranti Thunderbolt 5 yang terbaru dari Intel.

Selain daripada olahan grafik raster yang berkuasa, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 ini juga hadir dengan teknologi olahan grafik menggunakan AI NVIDIA Deep Learning Super Sampling 4.5 (DLSS 4.5) yang kini menawarkan penaiktarafan kepada ciri olahan dan pantulan cahaya seperti Ray-Tracing dan teknologi janaan bingkai tambahan Multi Frame Generation (MFG) yang kini boleh menambahkan lebih banyak bingkai lagi untuk pengalaman gaming yang lebih lancar.

Gabungan komponen-komponen ini membolehkan anda untuk menggerakkan semua jenis permainan komputer moden pada resolusi, tetapan grafik dan kadar segar semula paparan yang tinggi. Tidak kira jika permainan tersebut adalah tajuk seperti Cyberpunk 2077, Doom: The Dark Ages ataupun Indiana Jones and the Great Circle, komputer riba ini mampu menggerakkan permainan-permainan tersebut pada resolusi 4K dan kadar segar semula tinggi tanpa masalah.

Pengalaman Audio Visual Yang Syahdu

Predator Helios 18 AI tampil dengan paparan skrin Mini LED bersaiz 18 inci yang mempunyai resolusi 4K dengan kadar segar semula 120Hz, nilai kecerahan setinggi 1000 nits dan kemampuan untuk mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3 dan menyokong ciri HDR untuk olahan video dan grafik dengan warna yang jitu dan juga cerah.

Paparan ini merupakan pilihan yang terbaik untuk memaksimakan kemampuan gabungan cip pemprosesan Intel dan NVIDIA terbaru. Ini adalah kerana walaupun kedua-dua komponen tersebut mampu menghasilkan olahan visual permainan yang terbaik, tanpa paparan skrin yang hebat untuk memperlihatkan olahan tersebut, ia dilihat sebagai satu kerugian kepada pemain.

Tidak kira anda sedang menonton siri televisyen atau filem kegemaran anda, memainkan permainan-permainan komputer yang terbaru, paparan Mini LED 18 inci komputer riba ini akan memastikan bahawa anda memperlihatkan kualiti tontonan yang setaraf dengan kualiti output grafik yang diperlihatkan oleh komponen-komponen komputer riba ini.

Sistem audio Predator Vox digandingkan bersama-sama paparan skrin ini untuk memberikan pengalaman audio visual terbaik yang boleh ditawarkan pada sebuah komputer riba. Ia menggabungkan enam komponen pembesar suara di bahagian sisi kiri dan kanan komputer riba ini untuk memberikan olahan audio yang bukan sahaja lantang, tetapi sedap didengari. Lagi satu kelebihan utama pembesar suara ini juga ialah ia boleh digunakan dalam permainan-permainan komputer dimana bunyi boleh digunakan untuk menentukan arah pihak lawan.

Estetika Minimalis Yang Tidak Membosankan

Tidak dinafikan bahawa kebelakangan ini, ramai gamer yang lebih sukakan komputer riba yang hadir dengan estetika minimalis, tidak kira ia hadir dalam warna hitam ataupun putih. Mereka hanya mahukan rekaan yang bersih dengan tidak begitu banyak corak-corak yang akan menarik perhatian orang ramai.

Predator Helios 18 AI hadir dengan estetika minimalis serba hitam, dengan hanya satu logo Predator kecil di tengah-tengah yang memperlihatkan penjenamaan komputer riba ini. Rangka luaran yang diperbuat daripada aloi aluminum yang dicat dengan warna hitam memperlihatkan komputer riba ini sebagai sebuah peranti yang cukup kemas, walaupun ia hadir dengan saiz yang besar.

Walaupun begitu, ia juga masih hadir dengan banyak pencahayaan RGB di sekeliling komputer riba ini. Ini termasuklah bar cahaya di bahagian bucu sebelah kiri hadapan komputer riba yang dinamakan Infinitering L-Shape Lighting dan juga Milkyway RGB Dynamic Lighting di bahagian belakang engsel paparan komputer riba.

Dan tidak dilupakan, bahagian papan kekunci komputer riba ini juga hadir dengan sistem pencahayaan RGB terbina, dimana bukan sahaja corak warna boleh ditukar, tetapi setiap warna kekuncinya boleh dibuahsuai melalui perisian PredatorSense.

Bercakap mengenai papan kekunci Predator Helios 18 AI ini, kekunci-kekunci WASD dan penunjuk arah hadir dengan ciri hot-swap iaitu ciri menukar suis papan kekunci kepada jenis yang lebih bersesuaian dengan corak penggunaan anda, dengan suis linear dan tactile untuk kelapan-lapan kekunci-kekunci ini.

Sistem Penyejukan Yang Dioptimasikan Untuk Prestasi Terbaik

Penggunaan komponen-komponen dalaman yang berkuasa bermakna bahawa penggunaan kuasa Predator Helios 18 AI adalah jauh lebih tinggi berbanding banyak komputer riba gaming yang lain. Untuk ini, Acer menggunakan sistem penyejukan dwi-kipas, paip haba besi dan bahan pengalir haba yang dibina khusus untuk komputer riba ini.

Pertama ialah penggunaan kipas penyejukan Aeroblade 3D generasi ke-6 yang hadir dengan 100 bilah kipas 0.01mm terbina didalamnya. Dua kipas digunakan didalam komputer riba ini untuk menyejukkan komponen CPU dan GPU Predator Helios 18 AI ini, tetapi aliran udaranya cukup tinggi untuk membantu memindahkan haba dari komponen storan SSD dan memori juga.

Komputer riba ini menggunakan bahan pengalir haba (Thermal Interface Material) yang diperbuat daripada cecair logam untuk memastikan bahawa pengaliran haba daripada komponen CPU dan GPU adalah stabil, dan ia lebih cekap berbanding TIM lain yang ada di pasaran sekarang.

Paip haba yang digunakan untuk membantu pengaliran haba daripada komponen komputer riba ini juga hadir dengan rekaan segi empat yang lebih leper, dan ini juga membantu pengaliran haba daripada komponen-komponen sebanyak 9 peratus lebih cekap berbanding konfigurasi biasa.

Tawaran Premium Pada Harga Premium

Untuk pasaran Malaysia, Predator Helios 18 AI tampil dalam dua tawaran model dengan konfigurasi komponen yang berbeza. Kedua-dua model komputer riba ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 290HX Plus, tetapi dari segi penawaran kad grafik, model yang lebih premium tampil dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090, manakala model kedua pula dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5080.

Dari segi penawaran memori dan storan pula, model dengan kad grafik GeForce RTX 5090 hadir dengan memori DDR5 sebanyak 48GB, manakala model dengan kad grafik GeForce RTX 5080 hadir dengan 36GB memori terbina. Kedua-dua model akan dimuatkan dengan storan SSD PCIe 5.0 sebesar 1TB.

Varian dengan spesifikasi NVIDIA GeForce RTX 5090 bersama 48GB RAM dijual pada harga RM19,999, manakala varian NVIDIA GeForce RTX 5080 bersama 36GB RAM ditawarkan pada harga RM17,999. Predator Helios 18 AI boleh didapati melalui pengedar sah Acer dan Acer eStore bermula 6 Julai 2026. Pembelian yang dibuat sebelum 12 Julai 2026 juga akan menerima monitor mudah alih PM161Q bernilai RM349 secara percuma selagi stok masih ada.

Penafian: Ini adalah sebuah advertorial oleh Acer Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts