Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 25 Nov 2026 11:00:12

ASUS secara rasmi mengumumkan ketersediaan ProArt GR1X, sebuah komputer mini berprestasi tinggi yang direka khusus untuk pengkomputeran AI generatif dan penggunaan ejen AI secara tempatan (terus dari peranti).

Peranti kompak ini menyasarkan pencipta kandungan, pembangun perisian dan pengguna profesional yang memerlukan kuasa pemprosesan AI tanpa bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan awan.

ProArt GR1X dikuasakan oleh NVIDIA RTX Spark yang menggabungkan GPU berasaskan seni bina Blackwell dan CPU Grace dalam satu platform.

Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia

ASUS mendakwa sistem ini mampu mencapai sehingga 1 petaflop prestasi AI FP4 serta dilengkapi memori bersatu (unified memory) 64GB sehingga 128GB.

Spesifikasi ini membolehkan pengguna menjalankan model bahasa besar (LLM) bersaiz sehingga 120 bilion parameter secara tempatan.

Salah satu kelebihan utama ProArt GR1X ialah keupayaannya memproses dan melaksanakan tugasan AI secara setempat, sekali gus membantu melindungi privasi data serta mengurangkan kebergantungan kepada langganan perkhidmatan awan.

Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia

Pengguna juga boleh memilih sama ada untuk menjalankan beban kerja AI secara tempatan, di awan atau menggunakan pendekatan hibrid.

Walaupun bersaiz hanya 150 x 150 x 51 milimeter dan seberat 1.48 kilogram, ProArt GR1X direka untuk operasi berterusan 24 jam sehari dengan sistem penyejukan yang terdiri daripada dua kipas dan empat paip haba.

Dari segi sambungan, ia menawarkan sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, rangkaian LAN 10GbE, 4x port USB-C 3.2 Gen 2 berkelajuan tinggi serta HDMI 2.1 yang menyokong sehingga empat paparan 4K, dengan output HDMI sehingga 8K.

Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia

ASUS turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan pelbagai aplikasi kreatif dan AI seperti Adobe Creative Cloud, ComfyUI, StoryCube dan MuseTree.

Semakan di laman Asus Malaysia menunjukkan ia sudah disenaraikan dengan harga bermula RM25,200.

Namun, semakan di platform seperti Shopee dari stor pihak ketiga menunjukkan harga jualannya hampir mencecah RM30 ribu (RM28,259.00).

{suggest}

Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts