Program Memacu Sektor Perusahaan Dan Transformasi Keusahawanan

by Oh! Semput


9
SHARES
120
VIEWS
Posted on 09 Dec 2016 04:00:50

Kerajaan akan melaksana­kan Program Pensijilan Pe­rusahaan dan Insentif Perolehan Sosial dalam usaha memacu sektor perusahaan dan transformasi keusahawanan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua program itu akan memanfaatkan sekurang-kurangnya 500,000 individu dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) yang akan diperkenalkan oleh Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) pada Jun tahun depan.

“Langkah ini menepati sasaran untuk mewujudkan 1,000 perusahaan sosial baharu pada 2018 yang telah ditetapkan semasa pelancaran Pelan Perusahaan Sosial Kebangsaan pada Mei tahun lalu,” katanya berucap merasmikan Komuniti Keusahawanan Global (GE Community) dan Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau; Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Azhar Yahaya dan Ketua Setia­usaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah.

Perdana Menteri berkata, GE Community akan menghubungkan dunia korporat dan perusahaan untuk menerokai penemuan dan penciptaan baharu melalui pendekatan transformasi.

Beliau menjelaskan, sebanyak RM100 juta nilai penciptaan merentasi bidang itu dijangka dapat diperoleh menerusi inisiatif se­perti persekitaran tanpa tunai Cyberjaya-Mastercard dan Inovasi Terbuka Nestle.

“Kita akan mendedahkan antara inisiatif yang telah diperkenalkan untuk memberi gambaran kepada syarikat-syarikat untuk melaksanakan program seumpa­manya seperti eU@Marketplace iaitu satu platform kepada para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian ke luar negara.

“Selain itu, kita mahu menekankan tanggungjawab keusahawanan korporat yang diinisiatifkan oleh Magic demi memastikan kema­panan pembangunan keusahawanan kebangsaan dengan turut me­libatkan sektor swasta,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkenalkan 2017 sebagai tahun pelaksanaan gelombang kedua MCY 2.0 selepas mencatatkan kejayaan memberangsangkan pada tahun ini.

Sejajar itu beliau berkata, dua program inisiatif strategik akan diperkenalkan iaitu Program Pemangkin Global dan Cabaran Impak ASEAN demi membangunkan usahawan generasi hadapan dan memanfaatkan bakat itu di peringkat global.

“Kerajaan yakin lebih banyak program inovasi baharu mene­rusi penyelesaian berdasarkan teknologi akan diperkenalkan bukan hanya dilaksanakan oleh institusi penyelidikan awam, malah turut disumbangkan oleh sektor swasta dan industri berkaitan.

“Dalam usaha ini, kita akan turut menjemput rakan-rakan dari negara serantau untuk menjadi sebahagian daripada platform pengkomersialan di Malaysia,” katanya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts