Project DualPlay Mini Ialah Konsol Permainan Mudah-Alih Konsep Dengan Papan Kekunci Terbina

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 02 Sep 2026 17:00:55

Sewaktu acara pengumuman Acer GPC, Acer telah memperlihatkan bukan satu, tetapi dua konsol permainan mudah-alih. Pertama ialah Acer Predator Atlas 7, dan yang kedua pula ialah sebuah peranti konsep yang dinamakan Project DualPlay Mini.

Peranti ini merupakan sebuah konsep yang membayangkan semula apakah yang boleh dilakukan oleh sebuah konsol permainan mudah-alih yang hadir dengan rekaan yang lebih unik dari biasa. DualPlay Mini hadir dengan paparan skrin bersaiz 8.0 inci dengan rekaan yang sedikit lebih besar tetapi lebih berlekuk berbanding dengan Predator Atlas 8.

Dari segi penawaran palam, konsol ini dilihat tampil dengan dua palam USB Type-C untuk pengecasan dan juga sambungan ke paparan skrin melalui DisplayPort, palam audio 3.5mm dan butang kuasa, menyerupai konfigurasi yang diperlihatkan pada konsol Predator Atlas.

Keunikan DualPlay Mini dapat diperlihatkan pada satu ciri dimana bahagian separa atas konsol ini boleh dinaikkan, mendedahkan bahagian papan kekunci dibawah paparan, Apabila separa ini dinaikkan secukupnya, bahagian paparan boleh dipusing 360 darjah untuk menjadikan konsol ini sebuah “komputer riba” bersaiz padat.

Butiran spesifikasi Project DualPlay Mini tidak didedahkan, tetapi ia nampaknya menggunakan sebuah cip pemprosesan Intel, yang mana pada jangkaan kami ialah cip Intel Arc G3 Extreme. Konfigurasi memori dan storan pula tidak diberitahu.

Project DualPlay Mini dilihat sebagai sebuah peranti konsep untuk mereka yang bukan sahaja mahukan sebuah konsol permainan mudah-alih yang berkuasa, tetapi juga sebuah mesin produktiviti padat yang boleh dibawa kemana-mana sahaja.

Bahagian belakang rangka konsol ini juga hadir dengan kata-kata “Acer 50 since 1976” dalam kod Morse sebagai cara untuk menyambut ulang-tahun ke-50 syarikat teknologi ini.

Buat masa ini, Acer masih belum memberi sebarang kata putus jika mereka akan memperkenalkan peranti ini sebagai sebuah produk yang akan dikomersilkan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts