Putin-Abe buntu isu rebut wilayah

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 17 Dec 2016 05:01:01

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden Russia, Vladimir Putin berkongsi jenaka semasa lawatan mereka ke dewan judo di Kodokan, Tokyo, Jepun, semalam. – Foto REUTERS

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden Russia, Vladimir Putin menutup rundingan dua hari Khamis lalu dengan pelbagai perjanjian ekonomi namun buntu dalam isu perebutan wilayah yang menghantui negara itu sejak Perang Dunia Ke-2 lagi.

Putin kembali ke tanah air dengan perjanjian kerjasama ekonomi selepas mencapai apa yang disifatkan pakar sebagai matlamat utama.

Ia termasuk mengurangkan pengasingan antarabangsa apabila Russia berdepan kecaman Barat membabitkan kemusnahan timur Aleppo di Syria, sebagai penyokong kuat Presiden Bashar Al-Assad.

Abe dan Putin bersetuju untuk membincangkan aktiviti ekonomi bersama di pulau-pulau yang dipertikaikan ketika berdepan isu perebutan wilayah sebagai satu langkah ke arah memuktamadkan perjanjian damai yang secara rasmi mengakhiri Perang Dunia II, kata kedua-dua pihak dalam satu kenyataan bersama.

Pulau-pulau di Pasifik Barat, yang dipanggil Wilayah Utara di Jepun dan Selatan Kuriles di Russia, ditawan tentera Soviet pada akhir Perang Dunia II memaksa 17,000 penduduk Jepun melarikan diri.

Pertikaian ke atas kedaulatan wilayah ini menghalang kedua-dua negara untuk menandatangani perjanjian damai.

“Isu ini tidak akan selesai jika setiap daripada kita hanya mementingkan diri sendiri,” kata Abe pada sidang akhbar dengan Putin.

“Kita perlu berusaha ke arah satu kejayaan supaya kita tidak mengecewakan generasi akan datang. Kita perlu mengetepikan masa lalu dan mencipta penyelesaian yang menyebelahi kedua belah pihak.”

Sementara itu Putin menolak tanggapan bahawa beliau hanya berminat dengan manfaat ekonomi dari Jepun. – Agensi

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts